Jam Tangan Naviforce 9122 | Ulasan Lazada

Adakah anda mencari jam tangan dengan harga jimat namun fungsinya bukan saja menunjukkan masa tapi juga hari dan tarikh.

Atau mencari hadiah yang sesuai untuk lelaki kesayangan anda?

Jam Tangan Naviforce 9122 Ulasan Lazada


Pilihan jam tangan dari jenama Naviforce dengan berkod siri 9122 ini agak menarik untuk dimiliki kerana rekabentuknya yang sporty dan eksklusif.

Jam Tangan Naviforce 9122 | Ulasan Lazada
Naviforce Wristwatch 9122


Ulasan jam tangan naviforce 9122 - Lazada
Kod siri NF9122M


Saiz jam ini agak besar baik dari segi diameter atau ketebalannya, menyebabkan ianya sesuai untuk pemakai yang bertangan besar atau yang berminat dengan jam bersaiz besar seperti jam G-Shock.

Jika dilihat dari tepi, jam ini kelihatan agak tebal dengan ketebalan sebanyak 13mm.

Ulasan Jam Tangan Naviforce 9122 - Lazada
Ala-ala jam tangan penyelam.


Apa yang menariknya, jam tangan ini dilengkapi cetakan timbul sauh di  paparan muka jam tersebut.
Bingkai atas juga tampak lasak dengan ukiran nombor 15, 30, 45 dan 60. Manakala paparan dalam terdapat dua nombor saja iaitu 12 dan enam.

Ulasan Jam Tangan Naviforce 9122 - Lazada
Rekabentuk yang tak kaku.


Selain itu, terdapat juga paparan penunjuk hari dan tarikh di paparan muka tersebut. Untuk memudahkan si pemakai, terdapat fungsi mengubah hari dan tarikh hanya menggunakan tombol penyelaras di tepi jam ini. Menariknya, tombol penyelaras ini dilengkapi dengan logo Naviforce yang nampak agak eksklusif.

Ulasan Jam Tangan Naviforce 9122 - Lazada
Crown dengan logo Naviforce.


Untuk mengubah hari, hanya tarik SEPARUH tombol penyelaras tersebut manakala untuk mengubah tarikh dan masa, tombol penyelaras tersebut perlu ditarik SEPENUHnya.

Ketiga-tiga jarum jam ini dikatakan akan bercahaya dalam gelap. Namun dalam pemerhatian ana, ianya agak malap dan tidaklah terlalu terang.

Tali jam ini pula dikatakan adalah kulit. Pada pendapat ana, ianya adalah kulit tiruan dan bukanlah kulit asli. Dan ianya juga agak tebal.

Ulasan Jam Tangan Naviforce 9122 - Lazada
Cop jenama ekslusif Naviforce pada tali jam.


Untuk pengetahuan terdapat 3 pilihan warna jam ini yang ditawarkan iaitu biru, oren dan coklat.

Ianya juga hadir dengan kotak jam, buku manual dan juga kad waranti. Memang sesuai untuk dijadikan hadiah pada yang tersayang.

Ulasan Jam Tangan Naviforce 9122 - Lazada
Hadir dengan kotak jam ekslusif, kad waranti dan buku manual.


Harganya pula agak menjimatkan iaitu sekitar RM50.

Bolehlah dapatkan jam tangan ini di Lazada melalui banner di bawah sebelum kehabisan stok.



Dan untuk lebih menjimatkan, boleh guna mana-mana kod diskaun Lazada yang disenaraikan di laman lalalaxx.com.


Jam Tangan Naviforce 9122 | Ulasan Lazada Jam Tangan Naviforce 9122 | Ulasan Lazada Reviewed by Che Ahmad on March 30, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.