Sonicgear Quatro 2 USB Speaker | Ulasan Lazada

Assalamualaikum.

Inilah pembesar suara USB Sonicgear Quatro 2.

Ulasan Sonicgear Quatro 2 USB Speaker dari Lazada


Ianya sesuai digunakan untuk disambung ke komputer atau telefon pintar anda.

PANDANG PERTAMA

Dari pandang pertama pembesar suara ini, dapat dilihat bahawa binaannya agak kukuh dan berkualiti. Badannya menggunakan plastik keras yang tidak mudah pecah.

Tekstur depan yang kelihatan digores juga dilihat agak eksklusif. Warna 'cincin' di panel hadapan pula terdapat beberapa pilihan iaitu biru, kuning, hitam, kelabu dan hijau. Pilihan saya semestinya warna biru.

Ulasan Sonicgear Quatro 2 Speaker dari Lazada


SAMBUNGAN AUDIO DAN KUASA

Harus diingat bahawa pembesar suara ini menggunakan kuasa dari sambungan USB. Jadi anda boleh menggunakannya terus dengan menyambungkan USB tersebut pada komputer atau laptop anda atau boleh juga menggunakan plug usb (untuk disambung ke soket elektrik) atau sambung saja ke powerbank untuk menghidupkannya.

Tiada bateri terbina dalam atau ruangan untuk memasukkan bateri ke dalamnya.

Ulasan Sonicgear Quatro 2 USB Speaker dari Lazada


Sambungan muzik pula menggunakan picu audio 3.5mm seperti biasa digunakan untuk komputer dan telefon pintar. Tiada sambungan bluetooth disediakan untuk memainkan muzik.

Pada sambungan wayarnya pula terdapat satu alat kawalan bunyi yang boleh diperlahankan atau dikuatkan mengikut kesesuaian pengguna.

Ulasan Sonicgear Quatro 2 USB Speaker dari Lazada


Saiznya pula agak kompak dan mudah dibawa ke mana saja. Bagi yang ingin membuat presentation, inilah pembesar suara yang sesuai untuk anda.

KUALITI BUNYI

Kualiti bunyi pula agak terbaik jika dibandingkan dengan pembesar suara tanpa jenama atau dari China. Bunyinya tidak pecah jika dipasang kuat. Dan kekuatan maksimum bunyinya mampu membuatkan jiran sebelah mengamuk kerana agak bising dan kuat. lol.

Bunyi bass yang berfrekuensi rendah agak boleh diterima telinga dan didengari dengan jelas. Namun bukanlah sebaik speaker 2.1 lain yang dilengkapi subwoofer berkuasa tinggi.

4 panel ditepi pembesar ini bukanlah subwoofer mini namun ianya hanyalah lubang yang ditutup dengan getah yang fungsinya adalah untuk membalikkan bunyi bass agar lebih meletup dan berkuasa. Mungkin dengan adanya lubang ini, kualiti bunyi tidak akan pecah dan bunyi menjadi lebih jelas.

Ulasan Sonicgear Quatro 2 USB Speaker dari Lazada


HARGA

Harga yang ditawarkan di Lazada agak berpatutan walaupun ianya adalah produk berkualiti tinggi. Dengan tawaran serendah RM 29.00, sememangnya tak rugi memiliki pembesar suara dari Sonicgear ini.



Keseluruhannya, speaker Sonicgear Quatro 2 ini agak seimbang 'markah'nya dari segi saiz, harga dan kualiti. Jika berminat, beli saja dari Lazada. Lebih mudah dan menjimatkan.
Sonicgear Quatro 2 USB Speaker | Ulasan Lazada Sonicgear Quatro 2 USB Speaker | Ulasan Lazada Reviewed by Che Ahmad on March 19, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.