Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Inilah jam tangan Casio AE-1200WHD. Ianya tampak eksklusif dan dalam masa yang sama kelihatan moden jika dipakai.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada


Kenapa ianya nampak eksklusif dan moden?

Ini kerana jam tangan Casio AE-1200WHD ini mempunyai paparan berbentuk segi empat yang mana yang mana berlainan dari jam tangan tradisional yang berbentuk bulat.

Selain itu, ianya juga dilengkapi dengan paparan digital yang padat dengan maklumat seperti

  • masa bernombor digital,
  • tarikh,
  • hari,
  • paparan jam analog versi digital di bulatan kecil serta
  • 3 maklumat indikator berkaitan fungsi jam seperti 
    • MUTE,
    • ALM atau alarm (jika ada) dan
    • SIG atau signal (bunyi setiap satu jam).


*Fungsi signal ini boleh ditetapkan dalam fungsi alarm.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada


Paparan masa juga agak besar dan jelas untuk dilihat si pemakai.

Fungsi lain yang biasa juga ada seperti

  • stopwatch,
  • 5 alarms dan
  • timer.


Pastikan anda mendapatkan jam tangan ini yang original dari Casio kerana terdapat versi cetak rompak yang mempunyai jam analog berjarum atau mungkin kosong di bahagian bulatan kecilnya dan bukannya jam analog versi digital sepertimana original.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada
Kandungan kotak yang original; jam, kad waranti dan buku manual.


Ianya juga mempunyai fungsi World Time, anda juga boleh mengetahui masa sedunia serentak dari jam ini dengan pilihan hampir 50 buah negara.

Dengan paparan yang penuh dengan maklumat ini, sudah pasti pemiliknya nampak seperti perisik terkenal; James Bond.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada


Selain itu, jam ini mempunyai ketahanan bateri selama 10 tahun. Jadi tidak perlu risau atau perlu bersusah payah menukar bateri setiap tahun.

Jam ini juga mempunyai fungsi kalis air dengan kedalaman sehingga 100 meter. Tiada masalah jika ingin berenang (bukan selaman laut dalam) dengan memakai jam ini. Namun anda dinasihatkan agar tidak menekan butang semasa dalam air seperti mana-mana jam lain juga untuk mengelakkan ia cepat rosak.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada
10 bar water resistant; sesuai untuk aktiviti air yang bukan ekstrem.


Saiz jam ini kelihatan agak sederhana. Ianya tidaklah terlalu besar dan tidaklah terlalu tebal menjadikan ianya selesa untuk dipakai bagi pemilik tangan bersaiz kecil dan sederhana.

Wanita juga nampak elegen jika memakai jam tangan ini.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada



Ohh, jam ini juga mempunyai lampu latar LED berwarna oren untuk memudahkan anda melihat paparan dalam gelap. Hanya tekan butang kanan atas untuk menyalakan lampu LED tersebut.

Tetapan tempoh nyalaan lampu LED ini juga ada dengan pilihan 1.5 saat atau 3 saat. Tetapan tempoh nyalaan terdapat dalam fungsi tetapan masa denga kod huruf LT.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada


Untuk memudahkan pemakai, tali jam ini boleh di'potong' sendiri dari rumah. Tak susah pun.

Apa yang diperlukan hanyalah skru driver kecil untuk menolak dan membuka kunci yang terdapat dalam setiap bahagian tali jam tersebut.

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada


Harganya pulak tidaklah semahal jam tangan eksklusif yang lain. Jika anda berminat, jam ini ada dijual di Lazada dengan tawaran harga yang menjimatkan.

Bolehlah klik katalog di bawah ini untuk maklumat lanjut dan pembelian:



Apapun, boleh dikatakan jam ini agak popular kerana setiap orang mampu untuk memiliki jam ini dan sesuai dipakai oleh semua orang baik pelajar mahupun pekerja.

Nak jadikan hadiah untuk pasangan pun sesuai kerana disertakan dengan kotak eksklusif Casio. Dapatkan sekarang sebelum terlambat!

Psstt: Admin pakai jam ni dalam setahun je lepas tu berhenti sebab banyak kali nampak orang pakai jam yang sama. Famous sangat jam ni.


Video berkaitan:

Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada Jam tangan Casio AE-1200WHD | Ulasan Lazada Reviewed by Che Ahmad on April 05, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.