[Sinopsis, Pelakon] Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Astro Ria

[Sinopsis, Pelakon] Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Astro Ria

Terbaru di Astro Ria dalam slot Megadrama membawakan drama Kan Kukejar Cinta Kamu.

Dengan barisan pelakon mantap dan sinopsis jalan cerita yang menarik yang diadaptasi dari novel popular dengan tajuk yang sama, pastinya ramai yang akan menonton drama ini.

Drama ini telah mula bersiaran pada 17 DIsember 2018 dengan masa tayangan adalah setiap hari Isnin hingga Khamis pada jam 10 malam.

Untuk pengetahuan, drama ini diarahkan oleh Yusry Abd Halim dan diterbitkan oleh Global Station Sdn Bhd.

Antara barisan pelakon drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini adalah:
  • Amyra Rosli sebagai Alma Hakim
  • Fendy Bakry sebagai Fendy Bakry
  • Delimawati sebagai Nek Bonda
  • Hafidz Roshdi sebagai Huzail
  • Elya Miera sebagai Dilaila
  • Syamim Farid
  • Doria Rachel Jolly
  • Natasya Mahyan
  • Mia Nasir
  • Safwan Nazri
  • Shah Hazvee
  • Hafizuddin Fadzil
  • Zarynn Min
  • Mahmud Alibashah
  • Rosnah Johari
Berikut pula adalah sinopsis jalan cerita drama Kan Kukejar Cinta Kamu:

Alma Hakim dan Mukramin Raiyan bertemu ketika sama-sama belajar di luar negara dan berkahwin secara senyap tanpa pengetahuan keluarga sebelum kembalinya ke tanah air. Sehari selepas berada di tanah air, Raiyan kemalangan hingga menyebabkan dia kehilangan identiti diri dan keliru sentiasa. 

Alma atur strategi. Tanpa dedahkan statusnya sebagai isteri, dia memburu dan mendekati Raiyan dalam senyap. Nek bonda yang digelar 'Hitler' adalah orang yang berkuasa dalam keluarga Raqib mengetahui Ray sudah berkahwin dengan Alma tetapi disebabkan dendamnya dengan keluarga Alma, Nek Bonda merahsiakan kewujudan Alma daripada Ray. Nek Bonda memilih Dilaila untuk dikahwinkan dengan cucu kesayangannya.

Bapa Alma, Datuk Seri Hakim pula mahu Alma berkahwin dengan Huzail, anak rakan kongsinya. Alma merahsiakan statusnya kerana bapanya sebelum ini pernah berpesan supaya dia tidak mendekati keluarga Datuk Raqib. Apa yang berlaku seterusnya? Apakah kesudahan drama ini.


Untuk pengetahuan, lagu tema OST drama Kan Kukejar Cinta Kamu ini adalah bertajuk Hajat nyanyian Hael Husaini.

Berikut adalah klip video lagu tersebut:




Semoga terhibur!
[Sinopsis, Pelakon] Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Astro Ria [Sinopsis, Pelakon] Drama Kan Kukejar Cinta Kamu - Astro Ria Reviewed by ftrhd on December 21, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.