Pengalaman Menonton Filem Operasi X

SELAMAT KEMBALI DARI HARI PALING XTREME DALAM HIDUP ANDA!

(sila rujuk post sebelum ini)

Pengalaman Menonton Filem gempak 2108 Operasi X

BAGI YANG BELUM TAHU, INILAH FILEM OPERASI X YANG "KEBABOMM" SEPERTIMANA XPLOSION YANG EPIK DALAM VIDEO TRAILER FILEM INI.

DEMI UNTUK MENGETAHUI KESUDAHAN FILEM GEMPAK 2018 IAITU FILEM OPERASI X INI, BERGERAKLAH AKU DARI NEGERI INDERA KAYANGAN MENUJU KE NEGERI DARUL AMAN PADA HUJUNG MINGGU LEPAS IAITU 4 NOVEMBER 2018.

Pengalaman Menonton Filem gempak 2108 Operasi X
Ambik masa sejam je sebab ada lesen pemandu hebat macam Ali Mat. lol!

AKU AMBIK KEPUTUSAN NAK TONTON DI ALOR STAR MALL DAN ALHAMDULILLAH SAMPAI AWAL.

(untuk pengetahuan, kat Alor Star ni ada dua wayang. Satu di Aman Central dan satu lagi di Alor Star Mall. Dan wayang di Alor Star mall ni namanya Paragon Cinemas.)

LEPAS BELI DAN PEGANG JE TIKET TERUS RASA BERKOBAR-KOBAR JANTUNG MACAM ADA LETUPAN SEBAB NAK TAHU APAKAH ENDING CERITA NI.

Pengalaman Menonton Filem gempak 2108 Operasi X
"KEBABOMM"

MASUK PANGGUNG WAYANG JE, FUHHH.

NASIB BAIK TIKET DAH ADA NOMBOR DAN BUKANNYA FREE SEAT. SIKIT LAGI RASA NAK GIVE UP MACAM JANGGUT LEPAS NAIK BUKIT SEBAB RAMAI SANGAT DALAM PANGGUNG.

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X
Selesa gak Paragon Mall ni. Thumbs up! Sebelum mula tayangan, pekena pop corn dulu!

NAK CERITA BANYAK-BANYAK PASAL FILEM OPERASI X DALAM ARTIKEL NI TAK SESUAI PULAK SEBAB NANTI PECAH RAHSIA.

APAPUN BERIKUT SAYA KONGSIKAN SEDIKIT SEBAB ATAU TARIKAN UTAMA UNTUK ANDA MENONTON CERITA NI:


1) Watak dan pelakon yang mantap

Bukan saja pelakonnya semua mantap-mantap. Setiap watak-watak dalam filem ini juga agak menghiburkan. Belut dengan watak antagonis yang banyak loyar buruk. Manakala ASP Redzuan dengan watak hero yang serius dan penuh emosi.

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X

Karektor watak sampingan yang lainnya juga berjaya dibawakan dengan jayanya oleh setiap pelakon contohnya seperti watak Pablo yang gagah berani oleh Hairul Azreen, watak antagonis Baashah yang bersahaja oleh Nasir Bilal Khan dan lain-lain lagi.

Watak Cikgu Ayu pun tak kurang hebatnya.
Xciting!


2) Aksi Mendebarkan

Walaupun pop corn belum habis dimakan, penonton sudah disajikan dengan aksi yang mendebarkan. Babak aksi inilah yang menjadi titik mula atau keyppoint yang penting dalam filem ini.

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X


Itu belum lagi babak aksi lain yang buat penonton tak berkelip mata sehingga ke akhir filem ini. Setiap aksi agak jelas dan terperinci selain adanya bantuan kesan khas yang menambahkan lagi penyampaian jalan cerita filem ini.

Xtreme!

3) Sinematografi & Lokasi Penggambaran

Filem Operasi X ini diolah bagaikan sebuah komik yang 'sedap mata memandang' untuk dibaca kerana kanvas pemandangan setiap scene agak cantik dan menarik.

Contohnya babak di Pulau Aman agak menenangkan jiwa. Penggambaran di atas feri Pulau Pinang serta di atas Bukit Bendera (kalau tak silap) pula agak mencuri perhatian selain adanya rakaman dron. Manakala lokasi pemunggahan kontena digunakan untuk scene aksi yang berat sebagaimana beratnya sebuah kontena tersebut. 

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X

Dari pengamatan aku, sememangnya pengarah agak bijak menggabungkan jalan cerita dengan setiap lokasi yang dipilih.
Xtravaganza!

4) Mesej Sampai

Dengan adanya banyak watak dan karektor, pelbagai mesej serta pengajaran hidup dapat disampaikan dengan jelas. Sebagai contoh watak Belut dan Baashah menunjukkan bahawa setiap perbuatan pasti ada balasannya.

Watak ASP Redzuan juga membuktikan bahawa dengan usaha dan sabar pasti ada kejayaan. Bak kata pepatah; USAHA LIF TANGGA KEJAYAAN. (macam karangan budak sekolah pulak.)

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X


Lain-lain watak juga ada memberikan pengajarannya yang tersendiri, seperti jangan tamak, jangan mudah menghancurkan kepercayaan orang kepada kita disebabkan oleh wang ringgit dan lain-lain lagi.

Xcellent!

5) Lawak menghiburkan

Walaupun filem ini kelihatan agak serius, namun ianya ada diselang-selikan dengan lawak santai yang membuatkan penonton tak kering gusi. Antara yang menarik perhatian adalah watak Belut yang dibawakan Awie.


Dan tak ketinggalan juga watak Janggut oleh Gbob, watak Ali Mat oleh Hefny Sahad dan ramai lagi.



Secara keseluruhannya, filem Operasi X ini agak mantap dan masih boleh diterima oleh seluruh rakyat Malaysia yang dahagakan filem aksi bersahaja. Dan secara peribadinya, filem ini aku berikan 4 bintang.

X X X X



Jika anda masih belum menonton filem Operasi X ini, terjahlah ramai-ramai sebelum panggung wayang menerjah anda.

Ohh anda fikir filem ini tak "kebabomm"? Fikirkan semula setelah melihat gambar aku memegang 'golden ticket' dalam xplosion besar di bawah ini.

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X

Psstt.. Puan isteri pun suka filem ni. Katanya, dia suka babak yang lawak-lawak.

Ye ke?? Ke suka babak yang ada Aaron Aziz je. Lol..

Pengalaman Menonton Filem gempak Operasi X

Pengalaman Menonton Filem Operasi X Pengalaman Menonton Filem Operasi X Reviewed by ftrhd on November 10, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.